Tuesday, 5 June 2012

LOGO RASMI PRA-JAMBORI 100 TAHUN PENGAKAP SABAH BAHAGIAN PBU

Pra-Jambori 100 Tahun Pengakap Sabah Bahagian Pantai Barat Utara yang akan diadakan pada 29 Jun - 04 Julai 2012 bertempat di SK. Tambulian, Kota Belud telah dinaiktaraf kepada peringkat antarabangsa dengan penyertaan daripada luar negara iaitu negara Hong Kong dan Brunei Darusalam.  Ayuh kita jayakan Pra-Jambori ini... Bila lagi nak dapatkan sijil peringkat antarabangsa tanpa perlu ke luar negara... Pengakap KM Boleh!!!

SURAT PELEPASAN KHAS DARIPADA KPM UNTUK PRA JAMBORI 100 TAHUN PENGAKAP SABAH


TATACARA PEMAKAIAN EPOLET PENGAKAP KHUSUS BAGI NEGERI SABAH



Thursday, 26 April 2012

Organisasi Unit Kecil Pengakap


Setiap kumpulan pengakap di sekolah lazimnya dipanggil trup. Trup ini mempunyai pengenalan khusus berupa lencana-lencana yang dipakai di bahu kanan terdiri dari nama negeri, nama daerah dan nombor kumpulan. Setiap kumpulan atau trup mempunyai nombor unik mengikut giliran ianya ditubuhkan. Contohnya, pasukan atau sekolah yang memakai lencana (KELANTAN), (KOTA BHARU) dan (80) ialah pasukan yang ke-80 ditubuhkan di daerah Kota Bharu di Kelantan.
Trup-trup kelana pula lazimnya dipanggil krew. Pasukan-pasukan krew ini tidak mempunyai nombor sebaliknya menggunakan abjad A,B,C dan sebagainya. KLM dan KLKM pula menggunakan lencana atau flash nama institusi pengajian mereka.
Setiap trup pula dibahagikan kepada patrol yang lazimnya mempunyai 6 pengakap. Setiap trup diketuai oleh ketua, manakala patrol dipimpin oleh ketua patrol dibantu oleh penolong ketua patrol. Di sekolah-sekolah, lazimnya guru-guru penasihat diangkat menjadi pemimpin dan penolong pemimpin, terutama guru-guru yang menyertai latihan manikayu. Di institut pendidikan guru, kolej-kolej dan universiti, ahli-ahli kanan yang telah menamatkan latihan manikayu menjadi pemimpin.