Kewajipan seorang pemimpin Pengakap adalah terlebih dahulu menghayati dan menerima serta mematuhi Persetiaan dan Undang-undang Pengakap – Penekanan harus diberikan kepada “Kepatuhan kepada Tuhan dan agama”.
Semua aktiviti Kepengakapan yang dijalankan haruslah menuju ke arah memahami kekuasaan Tuhan.
Melengkapkan diri dengan pengetahuan serta Rukun Agama.
Sentiasa memberi contoh bagaiman Persetiaan dan Undang-undang Pengakap boleh dikaitkan dengan kehidupan seharian..
Sentiasa bersedia untuk menerima dan menerangkan cara penyelesaian masalah yang dihadapi oleh Pengakap berhubung dengan Persetiaan dan Undang-undang Pengakap, Memperkasakan diri dengan kualiti berikut :
-keimanan dan keyakinan diri,
-Sikap tolak ansur,
-Disiplin dan Kawalan diri.
No comments:
Post a Comment