Matlamat pergerakan pengakap adalah untuk melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi JERIS,
-JASMANI
-EMOSI
-ROHANI
-INTELEK dan
-SOSIAL
Serta bertanggungjawab terhadap masyarakat, negaranya dan masyarakat antarabangsa.
Pengakap percaya bahawa kehidupan di dunia akan menjadi lebih baik apabila setiap individu:-
Boleh dipercayai, mempunyai kawalan diri serta berkeyakinan
Menghormati diri sendiri dan orang lain
Bekerjasama untuk berkhidmat kepada orang lain demi memperbaiki suasana kehidupan bermasyarakat
Menunjukkan sikap bertanggungjawab kepada alam sekitar serta rasa hormat terhadap harta dan pemilikan
Beriman serta beramal soleh
Secara ringkas, Pengakap adalah bersifat Pendidikan Sepanjang Hayat
No comments:
Post a Comment